• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Disaran Turut Beri Subsidi Kepada Jemaah Haji Swasta

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji (TH) disaran memberikan subsidi juga kepada pencarumnya yang ingin menunaikan haji menggunakan pakej swasta.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mereka yang mendapatkan khidmat syarikat swasta itu juga berhak mendapat subsidi kerana mereka turut mencarum dalam TH.

“Isunya sekarang, subsidi ini hanya diberi kepada jemaah yang menunaikan haji dengan TH (muassasah) sedangkan subsidi itu juga diambil daripada caruman pencarum yang menggunakan khidmat swasta.

“(Sedangkan) mereka yang pergi dengan agensi swasta ini, mereka juga simpan duit di TH dan mereka ada hak untuk dapatkan subsidi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu turut menjelaskan jemaah haji yang menunaikan haji menggunakan syarikat swasta bukan disebabkan mereka berduit sebaliknya memerlukan penjagaan rapi.

“Konsep pergi (menunaikan haji) dengan syarikat swasta sebab mereka ada duit itu tak betul. Sebab kadang-kadang mereka pergi dengan swasta sebab uzur jadi memerlukan kawalan lebih rapi dengan seorang pegawai yang menjaga hanya antara 20 hingga 30 orang berbanding TH.

“Jadi ini mungkin sudah sampai masa TH turut memberikan subsidi kepada mereka yang menunaikan haji buat kali pertama dengan menggunakan perkhidmatan syarikat swasta, bukan dengan TH sahaja,” katanya.

Bagi musim haji tahun ini, TH menanggung kos subsidi membabitkan anggaran kos keseluruhan subsidi sebanyak RM400 juta.

Kos haji pada tahun ini meningkat kepada RM22,450 namun jemaah haji Malaysia untuk kali pertama hanya perlu membayar RM9,980, menjadikan nilai subsidi yang ditanggung oleh TH bagi setiap jemaah adalah sebanyak RM12,470. — BERNAMA

Tags: Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd