• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Rasmi SMK Orang Asli Pertama

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di Sungai Siput (U), hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu serta isteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal dan Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mat Lazim Idris.

Sejurus selepas menyempurnakan majlis itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan melawat pameran hasil kerja pelajar di sekolah berkenaan.

SMK Bawong itu dibina di kawasan seluas enam hektar dengan kos pembinaan RM26.3 juta.

SMK Bawong yang dinamakan sempena sebuah perkampungan Orang Asli, iaitu Kampung Bawong mula beroperasi pada 19 September 2016 mempunyai 20 kelas dengan jumlah murid 375 orang, 37 guru dan 11 staf sokongan.

Sekolah menengah itu juga merupakan satu-satunya sekolah menengah harian pertama Orang Asli di negara ini yang dibina dengan kemudahan asrama lelaki dan perempuan demi kepentingan serta kemajuan masyarakat berkenaan di kawasan pedalaman.

Projek pembinaan sekolah yang dimulakan pada 25 November 2013 itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti makmal sains, makmal komputer, makmal bahasa dan bengkel termasuklah capaian internet berkelajuan tinggi. -BERNAMA

Tags: Orang AsliSultan Perak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd