• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sultan Melaka’ Bebas Tuduhan Tipu Jadi Sultan

oleh Ahmad Albab
05/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan, Noor Jan Tuah daripada empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’ lima tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ahli perniagaan berkenaan.

“Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada semua empat pertuduhan,” kata Meor Sulaiman pada akhir prosiding itu.

Noor Jan, 61, dari Taman Seri Gombak, Selangor didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai Sultan Melaka, iaitu bukan identiti sebenarnya.

Semua empat tuduhan didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, kira-kira jam 10 malam, pada 28 Disember 2013.

Noor Jan ditahan polis pada Januari 2014 ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar untuk satu upacara yang didakwanya sambutan Maulidur Rasul.

Sejak dibicarakan pada 17 November lalu, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil bagi memberi keterangan di mahkamah.

Pendakwaan diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim, manakala Noor Jan diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Abdul Aziz. -BH ONLINE

Tags: dibebaskanmenipuPDRMsultan melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd