• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SST Kurang Bebankan Rakyat – Dr Mahathir

oleh
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan terdahulu.

Katanya, dari segi jumlah kutipan, SST hanya memungut RM20 hingga RM25 bilion berbanding RM42 bilion pungutan GST.

“Bermakna, rakyat diselamatkan sebanyak RM20 bilion kerana kita amalkan SST,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut menyangkal dakwaan kononnya SST akan menaikkan harga barang kerana banyak barangan tidak dikenakan cukai berkenaan.

Tegasnya, banyak barangan yang dahulunya dikenakan GST tidak dikenakan SST, sekali gus rakyat menanggung beban yang lebih ringan daripada pengenaan SST.

Dr Mahathir berkata, GST digunakan untuk mengaut kekayaan, namun rakyat terpaksa membayar cukai terhadap barangan keperluan harian mereka.

“Tidak ada asas yang mengatakan SST akan menaikkan harga (barang) kerana bukan jumlah SST itu sebanyak 16 peratus atau pun 10 peratus, ada barang tertentu yang tidak dikenakan SST sama sekali dan ada yang dikenakan hanya lima peratus ataupun 10 peratus bergantung kepada item yang terbabit,” katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini mengumumkan bahawa, dibawah pengenalan semula SST, peruntukan untuk perkhidmatan akan dikenakan cukai enam peratus manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus – sama seperti dilaksanakan sebelum GST dimulakan pada 1 April 2015.

Mengenai terdapat badan profesional yang kecewa kerana tidak diberi ruang oleh kerajaan untuk terbabit dalam perbincangan mengenai rang undang-undang draf SST, Dr Mahathir berkata, mereka boleh menemui Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bagi memberikan sebarang cadangan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, CEP sudah mengadakan banyak pertemuan dengan pihak berkepentingan (stake holders) dalam membuat sebarang keputusan. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd