• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solidariti PAS, UMNO Di Sungai Kandis Tewaskan PH

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha Pas membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis merupakan solidariti Pas dan UMNO dalam menyuarakan kebimbangan tentang hak bumiputera, agama Islam dan kuasa Raja-raja Melayu yang semakin diganggu-gugat.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, Wanita UMNO malah yakin UMNO dan Pas perlu menjadikan perpaduan ummah atau persaudaraan Islam terlebih dahulu sebagai asas kepada perpaduan nasional antara kaum dan etnik di Malaysia.

“Orang Melayu-Islam perlu mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan antara mereka, kemudian barulah diperkukuhkan perpaduan kaum, sekali gus bermakna wasatiyyah mengambil kira perpaduan orang Melayu-Islam yang melibatkan adanya tolak ansur dan tasamuh antara dua parti Melayu terbesar ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini berkata, pendirian Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan agar Pakatan Harapan (PH) tewas dalam PRK Sungai Kandis pada hari pengundian Sabtu, 4 Ogos ini juga ‘isyarat’ bahawa rakyat semakin resah dengan apa yang sedang berlaku.

Menurut beliau, rakyat pelbagai peringkat khususnya yang beragama Islam semakin bimbang dengan tindak tanduk pihak-pihak tertentu yang semakin hari semakin berani menyerang agama dan umat Islam.

Pada masa sama, katanya, kemenangan calon BN dalam PRK Sungai Kandis penting, bukan sahaja untuk penduduk Sungai Kandis tetapi juga rakyat Selangor dalam memastikan kerajaan tidak terlalu berkuasa merangka dasar dan polisi termasuk yang membebankan rakyat.

Kata beliau, kemenangan calon BN iaitu Datuk Lokman Noor Adam boleh menjadi elemen semak dan imbang atau “check & balance” dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Ia apatah lagi dengan keupayaan dan komitmen tinggi Lokman sebagai aktivitis masyarakat dan lantang dalam mempersoalkan isu-isu dan janji PH semasa Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: PASPRK Sungai KandisUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd