• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksikan Gerhana Bulan Penuh Di Port Dickson

oleh
27/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama pada abad ke-21 malam esok di Balai Cerap Teluk Kemang di sini.

Penolong Pengurus Balai Cerap Teluk Kemang Muzamil Mazlan berkata fenomena itu dijangka bermula sekitar 11 malam, Sabtu, hingga 5 pagi, Ahad.

“Fenomena gerhana separa penuh dijangka berlaku pada 2 pagi, disusuli dengan gerhana penuh pada 3 pagi. Untuk kemudahan pengunjung, pihak kami menyediakan dua teleskop mudah alih bagi orang ramai menyaksikan fenomena tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Fasa gerhana bulan terdiri daripada Fasa Penumbra bermula, Fasa Separa bermula, Fasa Penuh bermula, Fasa Penuh maksimum, Fasa Penuh berakhir, Fasa Separa berakhir dan Fasa Penumbra berakhir.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi.

Bulan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan sebelum kembali ke warna asal dalam tempoh lima jam. Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh, esoknya.

Pada hari tersebut, turut diadakan penerangan dan taklimat mengenai Gerhana Bulan Penuh yang akan disampaikan penuntut Universiti Malaya pada 11 malam di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, serta solat sunat gerhana. – BERNAMA

Tags: Gerhana Bulan Penuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid, Surau Disaran Adakan Solat Sunat, Khutbah Gerhana

26/05/2021
0

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat serta surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat...

Pengunjung Saksi Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Abad Ini

28/07/2018
0

PORT DICKSON - Cuaca baik memberi peluang keemasan kepada orang ramai yang hadir ke Balai Cerap Teluk Kemang menyaksikan fenomena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd