• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Saksi Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Abad Ini

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Cuaca baik memberi peluang keemasan kepada orang ramai yang hadir ke Balai Cerap Teluk Kemang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh paling lama dalam abad ke-21, pada awal pagi tadi.

Penolong Pengurus Balai Cerap Teluk Kemang Muzamir Mazlan berkata fenomena gerhana bulan kali ini mencatat masa paling lama iaitu 1 jam 43 minit.

Fasa gerhana bulan terdiri daripada Fasa Penumbra bermula, Fasa Separa bermula, Fasa Penuh bermula, Fasa Penuh maksimum, Fasa Penuh berakhir, Fasa Separa berakhir dan Fasa Penumbra berakhir.

“Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi.

‘”Bulan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan sebelum kembali ke warna asal dalam tempoh lima jam,” katanya ketika ditemui di sini awal pagi tadi.

Seorang pengunjung, Mohd Muhklis Ab Sahak, 26, berkata ini adalah pengalaman pertamanya menyaksikan fenomena tersebut yang melalui pelbagai fasa membentuk satu gerhana yang sempurna.

“Saya sangat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri gerhana bulan penuh…alhamdulillah cuaca begitu baik,” katanya.

Zulkarnain Arifin, 49, pula hadir bersama keluarganya ke Balai Cerap Teluk Kemang itu untuk melihat dan mempelajari ilmu berkenaan fenomena gerhana bulan.

“Ini adalah proses pembelajaran yang boleh kita pelajari kerana perkara ini jarang-jarang berlaku dan ia merupakan peluang terbaik untuk kita melihat sendiri perjalanan fenomena alam ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gerhana Bulan Penuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid, Surau Disaran Adakan Solat Sunat, Khutbah Gerhana

26/05/2021
0

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat serta surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat...

Saksikan Gerhana Bulan Penuh Di Port Dickson

27/07/2018
0

PORT DICKSON - Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama pada abad ke-21 malam esok di Balai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd