Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kabinet Nilai Dedah Laporan...

PUTRAJAYA - Kabinet akan membuat keputusan sama ada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)...

Malaysia Raih Manfaat Daripada...

KUALA LUMPUR – Program Transformasi Negara (NTP) tidak diragui lagi merupakan satu daripada...

Pelarasan Tarif Baharu Air...

CYBERJAYA - Kadar tarif air wajar disemak semula dan dinaikkan di seluruh negara...

Lagi Ahli Parlimen Nafi...

PETALING JAYA - Seorang lagi ahli Parlimen menafikan menyokong Dr. Mahathir Mohamad sebagai...

Masjid, Surau Disaran Adakan Solat Sunat, Khutbah Gerhana

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat serta surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat sunat dan Khutbah Gerhana selepas solat maghrib, hari ini, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

JAWI dalam satu kenyataan, hari ini, berkata makluman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku antara jam 7.18 hingga 8.52 malam ini.

Katanya, fenomena gerhana adalah sebahagian daripada tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam segenap aspek kehidupan yang perlu dijadikan iktibar bersama oleh semua umat Islam.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Azlikamil Napiah, berkata rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau ‘bulan berdarah’ bermula sekitar jam 4.47 petang ini dan dijangka berakhir kira-kira jam 9.50 malam.

Azlikamil memaklumkan, fasa penuh fenomena gerhana ‘Super Flower Blood Moon’ hanya boleh dilihat jika berada di Semenanjung Malaysia.

Katanya, penduduk di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan proses pembentukan fenomena gerhana itu lebih awal. – BH Online

Kategori