• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Guru Didakwa Cabul Pelajar

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kulai bagi membantu siasatan berkaitan kes cabul terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, April lepas.

Berdasarkan laporan mangsa, guru lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 11 April dan 22 April lepas.

Kejadian kali pertama berlaku di sebuah bilik perpustakaan sekolah berkenaan di mana guru tersebut meminta pelajar berkenaan menanggalkan baju dengan alasan untuk membuat pemeriksaan badan.

Guru itu kemudian bertindak mencium bibir pelajar tersebut dan memaklumkan bahawa perbuatan berkenaan melayakkan pelajar itu untuk menjadi seorang pengawas sekolah.

Pelajar tingkatan tiga itu sekali lagi menjadi mangsa di sebuah bilik di rumah guru berkenaan di mana guru itu mengulangi perbuatan jijik yang sama.

​​​​​​​Pelajar terbabit tidak berani bersuara dan hanya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak sekolah pada 26 Julai (Khamis) lalu ketika guru berkenaan sedang bercuti tanpa gaji selama sebulan.

Atas nasihat pihak sekolah, pelajar tersebut kemudiannya membuat laporan polis, semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada 10 pagi.

Pelajar tersebut kemudian dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.

“Kita sedang mengesan guru berkenaan yang ketika ini sedang bercuti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gurukes cabul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd