• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persediaan Operasi TH Di Makkah Dijangka Siap Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Persediaan operasi Tabung Haji bagi musim haji 1439H di sini dijangka siap sepenuhnya Ahad ini, menjelang ketibaan kumpulan jemaah Malaysia yang pertama dari Madinah.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1439H Nurrinanuwar Shamsuddin berkata kesemua persiapan Tabung Haji untuk mulakan operasi di Makkah berjalan mengikut perancangan dan sehingga hari ini, kira-kira 180 petugas haji telah berada di Makkah.

“Di bangunan-bangunan penginapan, pusat perkhidmatan maktab juga akan memulakan operasi dalam masa yang terdekat. Begitu juga pusat perubatan Makkah yang akan dibuka di Shisha akan memulakan operasi dalam sehari dua lagi.

“Setakat ini, boleh saya katakan hampir 80 peratus persiapan yang kita buat untuk sektor Makkah ini, dari segi prasarana dan persediaan petugas dan kami jangka segala persiapan akan lengkap menjelang Ahad ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kumpulan jemaah haji Malaysia yang pertama seramai 483 orang dijangka tiba di Makkah dari Madinah pada Ahad kira-kira 11 malam waktu tempatan.

Nurrinanuwar berkata penginapan bagi jemaah haji Malaysia di Makkah terbahagi kepada empat zon yang menempatkan 18 bangunan penginapan dan 12 maktab, dengan kapasiti bilik antara tiga ke tujuh jemaah sebilik.

Di setiap pusat perkhidmatan maktab, terdapat seorang pengurus, dua penolong pengurus dan tiga petugas yang akan dibantu oleh rombongan perubatan yang terdiri daripada anggota daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dua Pembimbing Ibadat Haji.

Di Makkah, pasukan peronda Tabung Haji akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan menjaga setiap pintu masuk ke Masjidil Haram dan membuat rondaan di sekitar masjid.

Dengan kekuatan antara 24 hingga 30 orang, Nurrinanuwar berkata pasukan yang terdiri daripada kakitangan Tabung Haji dan agensi Malaysia yang lain akan bekerja mengikut tiga shift berbeza selama 24 jam sehari.

Sementara itu, beliau berkata Tabung Haji telah menyediakan satu program yang diberi nama Safari Wukuf semasa waktu wukuf di Arafah yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak Muassasah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita mendapat kebenaran (daripada Arab Saudi) untuk membawa jemaah yang uzur menaiki ambulans dan bas-bas khas yang disediakan untuk berada seketika di Arafah untuk berwukuf dan kemudian dibawa balik (ke penginapan).

“Ini semua memerlukan penyelarasan dengan pihak Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga ada membuka klinik dan pusat rawatan di Arafah dan Mina,” katanya.

Sekiranya terdapat masalah dengan kesihatan dan memerlukan rawatan lanjut, Nurrinanuwar berkata rombongan kesihatan sentiasa bersedia untuk membawa jemaah untuk mendapatkan rawatan.

“Pengurusan jemaah haji Malaysia ini adalah yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Haji Arab Saudi. Banyak kerjasama, insiatif dan projek baharu yang melibatkan Malaysia seperti program pra-pelepasan, Safari Wukuf,” katanya. – BERNAMA

Tags: MekahTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd