Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Dira Abu Zahar Nafi...

SEBELUM ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pelakon Dira Abu Zahar telah...

Persembahan Turun Dari ‘Langit’,...

NAMA Mas Idayu semestinya tidak asing lagi dalam industri seni suara, lagi-lagi selepas...

Awie Dah Bertunang Dengan...

TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan vokalis kumpulan Wings, Awie...

Aedes: 71 Tapak Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 73 peratus atau 74 daripada 102 tapak pembinaan yang...

Perancang Utama Penipuan Pakej Umrah Ditahan Polis

KUANTAN – Polis menahan perancang utama kes penipuan tawaran pakej umrah membabitkan 21 laporan di Pahang pada tahun lepas dan awal tahun ini, melibatkan kerugian berjumlah lebih RM139,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor, kira-kira 8.30 pagi tadi.

“Suspek yang merupakan dalang yang telah memperdaya seramai 24 mangsa dengan menawarkan pakej umrah yang tidak wujud bermula tahun lalu dan telah mengutip lebih RM139,000 menerusi kegiatan itu,” menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh hari ini dan akan ditahan reman bermula esok bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan. – BERNAMA

Kategori