Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PLUS Tawar Rebat 20%...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus...

Media Sosial Punca Kanak-Kanak...

ISLAMABAD - Penggunaan media sosial yang berlebihan boleh mengurangkan waktu tidur dalam kalangan...

Khalid Tempelak Penduduk TTDI...

PETALING JAYA – Persatuan Penduduk Taman Tun Dr. Ismail sengaja mahu membatalkan pembangunan...

Lelaki Ini Berkahwin Dengan...

Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru...

Pembunuh Imam Fadi Berjaya Ditangkap

PETALING JAYA – Lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 dikatakan telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook pagi ini.

“Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan.

“Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap,” katanya.

Tambah Nadir, suspek tersebut memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki yang lain di Kuala Lumpur ketika itu.


Terdahulu, Allahyarham Fadi maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan di badan dan kepala mangsa pada 21 April 2018 sekitar pukul 6 pagi.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh dan pembunuhan pensyarah warga Palestin itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori