• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Belum Lantik Syarikat Konsesi Urus Sisa Pepejal

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri ketika ini masih belum membuat sebarang ketetapan untuk melantik syarikat konsesi bagi mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri Paul Yong Choo Kiong berkata bagaimanapun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat konsesi berkenaan pengendalian pengurusan sisa pepejal.

“Tetapi saya risau apabila kita swastakan untuk syarikat (pengurusan sisa pepejal) akan melibatkan kos pengendalian yang tinggi kepada setiap PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

“Apabila kita naikkan tarif cukai taksiran penduduk akan bising, jadi kita perlu kaji dan meneliti dengan lebih terperinci sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya pada sidang media selepas Program Turun Padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama exco kerajaan negeri, turut serta Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man di Gunung Lang di sini hari ini.

Sebelum ini, pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perak menunggu keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan perjanjian pengambilalihan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang telah dipersetujui kerajaan terdahulu.

Pengarahnya Fatimah Ahmad berkata kerajaan terdahulu sudah menyatakan persetujuan rasmi meminta SWCorp mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada seluruh PBT di Perak pada Mei tahun lepas.

Keputusan itu, bagaimanapun ditangguhkan sementara memandangkan kerajaan negeri kini ditadbir PH dan perjanjian asal menyatakan urusan pengambilalihan perkhidmatan itu sepatutnya dimulakan SWCorp selepas Pilihan Raya Umum ke-14. – BERNAMA

Tags: PerakSisa Pepejal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd