• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang JDT Mengaku Berkawan Dengan Ruhainies

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYERANG bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rashid mengakui sedang berkawan dengan pelakon popular, Ruhainies.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan berusia 21 tahun itu menafikan mereka mempunyai hubungan serius atau pada fasa bercinta.

“Ya memang ada berkawan dengannya, tetapi tidak lebih daripada kawan biasa.

“Saya berkawan dengan semua orang,” jelasnya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Dia mengulas kenyataan Ruhainies di sebuah akhbar yang mendakwa sedang berkawan dengannya.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, berkata kesungguhan jejaka itu membuatkan dia terbuka hati untuk berkenalan.

Aktres itu juga mengakui sering menerima jambangan bunga daripada Safawi.

Dalam pada itu, Safawi berkata, dia belum bersedia untuk memulakan perhubungan serius memandangkan lebih fokus kepada kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Sudah biasa dengan gosip seperti itu, saya tenang sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Safawi yang merakam sebelas jaringan musim ini amat gembira dengan prestasi semasanya.

“Alhamdullilah tahun ini saya banyak minit beraksi, tetapi itu bukan bermakna sudah berpuas hati memandangkan banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Dalam masa saya bersyukur kerana pasukan saya JDT sekali lagi dinobatkan juara Liga Super musim ini, buat kali kelima berturut-turut,” tambah pemain kelahiran Terengganu ini.

Pemain muda itu dikaitan dengan artis tanah air bukan perkara baharu memandangkan sebelum ini di turut digosipkan dengan Wanie Kayrie. – mStar Online

Tags: pemain JDTruhainies
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Bot, 25 Nelayan Vietnam Ditahan

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

Related Posts

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

12/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun 'blacklist' (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya....

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd