Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Not My Negara Hanya...

KUALA LUMPUR - Kata-kata 'Pasukan negara anda semua, not my negara (bukan negara...

Ketepikan Perbezaan Bagi Bentuk...

MELAKA - Umat Islam di negara ini diseru mengetepikan perbezaan terutamanya dari segi...

Salah Handle Alat Dril,...

GARA-gara mahu melakukan aksi 'stunt' makan jagung dengan menggunakan dril, wanita ini kehilangan...

Lelaki Dilema Mahu Pilih...

SEORANG lelaki warga emas yang berusia 58 tahun mengakui dia dalam dilema sekiranya...

A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun ‘blacklist’ (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

A Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang, 54, berkata dia mengambil keputusan itu untuk memberi pengajaran kepada artis lain.

“Saya tidak mahu ambil dia (Ruhainies) berlakon dalam produksi lagi selepas ini.

“Saya tidak mahu isu dirinya (Ruhainies) didakwa ditangkap berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz itu memberi kesan kepada drama atau telemovie terbitan produksi,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai Ruhainies lagi, kata A Aida, pelakon itu sepatutnya terbabit dengan penggambaran telefilem berjudul Elham Untuk Nian terbitan produksinya untuk Salam HD @unifitv pada April depan.

“Pihak produksi juga sudah tetapkan tarikh untuk penggambaran tetapi dia (Ruhainies) belum tanda tangan kontrak.

“Bagi saya, isu yang dikaitkan dengannya itu serius dan dia terpaksa akur namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.


“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang bermasalah, saya akan ‘blacklist’,” katanya.

Ditanya artis yang akan menggantikan Ruhainies pula, kata A Aida, dia akan mengambil pelakon Bella Astillah untuk berlakon dalam produksinya nanti.

“Saya juga mahu menjaga hubungan baik dengan Bella.

“Saya pun baik dengan Bella dan tidak elok jika saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku membabitkan mereka,” katanya.

Terdahulu, A Aida memuat naik hantaran di media sosial miliknya untuk meluahkan perasaan kesal kepada seorang pelakon yang pernah dianggap pelakon kesayangannya.

“Sebak bila mengenangkan nasib artisku yang tidak putus-putus diberi ujian. Dan yang paling ku geram, artis yang sekor tu takda orang lain ke nak mengorat, sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untukmu,” tulisnya dengan hashtag #blacklist

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori