Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kos ECRL Dijimatkan RM11.01...

PUTRAJAYA : Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri...

“Jangan Buat Spekulasi Mengenai...

PENGARAH, Datuk Farid Kamil menggesa orang ramai agar berhenti membuat spekulasi liar berhubung...

Tindakan Wanita Melayu Selamatkan...

WALAUPUN Islam tidak menggalakkan penganutnya menyentuh anjing tetapi bagi Ziezie Zeyta, ianya bukan...

Gempa Bumi Lemah 2.6...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau,...

2 Bot, 25 Nelayan Vietnam Ditahan

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot dan 25 nelayan Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara petang semalam.

Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kedua-dua bot berkenaan didapati sedang menangkap ikan menggunakan kaedah pukat ganding di lokasi 67 batu nautika dari Pantai Tok Bali dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu.

“Sebuah daripada bot berkenaan cuba melarikan diri selepas dihampiri Bot Penyelamat 7 APMM tetapi berjaya ditahan kira-kira 10 batu nautika daripada lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat APMM Kelantan di Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi enam anggota APMM itu diketuai Bentara Kanan Maritim Mohd Asri Awang yang membuat rondaan menerusi Op Damai

Nelayan yang berumur 17 hingga 56 tahun termasuk dua bot terlibat ditunda ke Ibu Pejabat APMM Tok Bali untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara.

Katanya turut dirampas adalah satu tan ikan, 13,000 liter minyak diesel dan peralatan menangkap ikan kesemuanya dianggarkan berjumlah RM2 juta. – BERNAMA

Kategori