• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Mengaku Bersalah 9 Pertuduhan Rasuah

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang penjawat awam selepas dia mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang dilakukan ketika dia berkhidmat dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah di sini.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Farid Abdul, 39, yang mengaku bersalah memalsukan enam dokumen dengan mengubah saiz tanah bajak bertujuan menuntut jumlah RM22,992 lebihan daripada nilai sebenar, mengakui dua dokumen palsu sebagai sah, dan menerima rasuah berjumlah RM1,500.

Mohd Farid mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat LPP Sabah di sini ketika menjadi Pembantu Ehwal Ekonomi dari Mei hingga Oktober 2016.

Abu Bakar menjatuhi hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan memalsukan dokumen, mengakui dokumen palsu sebagai sah dan menerima rasuah, serta penjara 15 bulan bagi satu pertuduhan mengakui dokumen palsu sebagai sah.

Hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai hari ini.

Dalam satu lagi kes, seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini kerana menawarkan RM1,200 kepada seorang pegawai polis sebagai insentif untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana kesalahan memandu ketika mabuk.

Wong Ming Cheng, 27, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Trafik Kota Kinabalu antara 4.40 pagi dan 4.50 pagi pada 18 Feb tahun ini.

Dia juga didenda RM10,000, atau penjara tujuh bulan.

Pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Awang Shamsul Baharom Bongsu menjalankan pendakwaan bagi kedua-dua kes. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahPenjawat Awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd