• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Orang Asli Pos Balar Terputus Hubungan

oleh Ahmad Albab
16/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Lebih 500 penduduk Orang Asli di Pos Balar terputus hubungan dengan dunia luar selepas jalan utama keluar masuk ke pekan Gua Musang mengalami kerosakan berikutan hujan berterusan hampir setiap petang sejak sebulan lepas.

Seorang penduduk, Harun Angah, 51, berkata kerosakan jalan paling teruk berlaku di antara Kampung Tapai ke Pos Balar di sini, yang tidak boleh dilalui sebarang kenderaan termasuk motosikal.

“Berikutan itu, penduduk kampung mengadakan gotong-royong sejak lima hari lepas bagi membaiki kerosakan tersebut tapi kita jangka ia hanya boleh digunakan untuk sementara waktu sahaja kerana keadaannya sangat teruk.

“Ia, sekali gus menjejaskan penduduk kampung yang mahu hantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Balar dan menjejaskan penduduk yang mahu keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Harun berkata penduduk kampung mengadakan gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi membaiki jalan itu kerana hingga sekarang kerajaan dilihat bersikap ‘lepas tangan’ terhadap masalah tersebut.

Seorang lagi penduduk, Suit Along, 46, merayu kepada kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan supaya menaik taraf semua jalan di perkampungan Orang Asli yang sering berlaku kerosakan sepanjang tahun.

“Penduduk kampung pernah terputus hubungan lebih daripada sebulan berikutan berlaku kerosakan jalan dan kami ketika itu memerlukan bantuan untuk mendapatkan bekalan makanan…selama mana lagi kami harus terus bersabar untuk mengadakan gotong-royong membaiki jalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantuanOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd