• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Ambil Masa Hapuskan Tol

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung cadangan penghapusan tol sebaliknya perlu melakukan kajian lanjut kerana ia membabitkan kepentingan pelbagai pihak termasuk pemegang konsesi.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir, ketika ini pihaknya dalam peringkat perbincangan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), agensi kerajaan yang mempunyai hubungan dengan pemegang konsesi projek lebuh raya di negara ini.

“Walaupun ia dijanjikan dalam manifesto 100 hari Pakatan Harapan (PH) namun cadangan penghapusan tol memerlukan kajian mendalam dan sebarang keputusan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

“Dalam hal ini, kerajaan perlu bertanggungjawab kepada semua pihak termasuk pemegang konsesi, pekerja yang akan terjejas dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan kelmarin, berhubung cadangan menghapuskan kutipan tol yang tidak boleh dimuktamadkan dalam masa 100 hari seperti digariskan dalam manifesto PH.

Ini kerana kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan monetari yang perlu ditangani buat masa ini.

Anuar berkata, janji kerajaan untuk menghapuskan tol akan dilakukan secara berstruktur dan ia pasti akan mengambil masa.

Katanya, selain Kementerian Kerja Raya, beberapa agensi lain seperti Kementerian Kewangan juga kini melakukan kajian terperinci mengenai cadangan penghapusan tol berkenaan.

“Kerajaan turut mengambil kira pandangan pihak yang berkepentingan seperti KWSP yang mempunyai pegangan dalam pengendali lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd.

“Ia akan dikendalikan dengan teliti dan bijaksana mengambil kira pelbagai sudut, umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

“Apa yang pasti komitmen dan janji kerajaan membantu meringankan beban rakyat tetap tidak akan dilupakan begitu saja,” katanya.

Pandangan Anuar turut dipersetujui pakar ekonomi, Datuk Jalilah Baba yang menganggap penghapusan tol membabitkan proses rumit dan penyertaan pelbagai pihak.

Jalilah berkata, tempoh 100 hari tidak begitu penting sebaliknya apa yang utama adalah mengkaji semula perkara itu sama ada ia mempunyai sebarang kecacatan atau tidak.

“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa manifesto Pakatan Harapan bukan kitab, ada perkara yang boleh dilakukan dalam masa 100 hari seperti dijanjikan dan ada juga perkara yang memerlukan kajian mendalam sebelum dapat dilaksanakan.

“Sebarang keputusan perlu mengambil kira sama ada ia sesuai dengan undang-undang dan peraturan sedia ada selain mengkaji apa kesan kepada pihak berkaitan serta rakyat,” katanya.

Menurut Jalilah lagi, meskipun selepas 100 hari, apa juga keputusan yang dilakukan kerajaan berkaitan penghapusan tol itu mesti memberi kelebihan kepada rakyat dan ia selaras dengan janji sebelum ini. – myMetro Online

Tags: anuar tahirTol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd