• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Bertindak ‘Berani Mati’

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Orang Asli di Kampung Kaleg, Pos Tohoi, di sini, melakukan sekatan bagi menghalang pekerja syarikat yang mengusahakan kebun durian musang king daripada memasuki kawasan itu.

Seramai 30 penduduk bertindak menghalang kenderaan syarikat terbabit, termasuk berbaring di atas jalan yang disifatkan tindakan ‘berani mati’.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along, berkata penduduk berkumpul dan melakukan sekatan itu pada jam 9 pagi semalam.

Beliau berkata, beberapa kenderaan pekerja kebun durian dihalang di laluan terbabit.

Katanya, kekecohan berlaku hampir enam jam sebelum pekerja kebun durian mengalah dan berpatah balik ke bandar Gua Musang.

“Bagaimanapun, dalam insiden pertengkaran itu tiada kejadian tidak diingini berlaku dan mereka bersurai secara aman,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mustafa berkata, kebun durian musang king itu membabitkan keluasan 400 hektar di Pos Simpor.

Katanya, penduduk Orang Asli marah kerana mendakwa ia membabitkan tanah adat kaum itu yang dipertahankan daripada diceroboh mana-mana pihak.

“Kita (Orang Asli) tidak akan kompromi terhadap penceroboh tanah adat kerana ia menyebabkan kemusnahan hutan dan pencemaran sungai,” katanya.

Seorang penduduk, Dendi Johari, 22, berkata, penduduk akan berkumpul di sekatan itu sepanjang masa sehingga tuntutan tanah adat diselesaikan.

Beliau kecewa kerana kerajaan negeri berdolak dalih mengenai tuntutan terhadap tanah adat hingga gagal diselesaikan sampai sekarang.

“Saya sendiri terpaksa berdepan dengan kekecohan pekerja kebun durian semalam dan saya memberitahu pekerja kebun durian itu yang tindakan kami itu untuk menjaga tanah adat daripada musnah.

“Ada penduduk Orang Asli terbaring atas jalan bagi menghalang kenderaan syarikat terbabit masuk dan itulah tindakan berani mati kami,” katanya. – BH ONLINE

Tags: KelantanOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd