• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terkilan Tiada Lagi Hari Peneroka

oleh
08/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat meraikan Hari Peneroka Kebangsaan bersama-sama dengan warga peneroka Felda pada tahun ini.

Menerusi satu kiriman dalam akaun sosial Twitter hari ini, beliau turut mengucapkan ‘Selamat Hari Peneroka’ kepada semua warga Felda meskipun tiada sambutan rasmi dianjurkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam.

“Semalam 7hb Julai adalah Hari Peneroka. Saya mengucapkan Selamat Hari Peneroka kepada semua warga Felda. Saya berasa amat hampa (kerana) pada tahun ini kami tidak dapat meraikannya bersama-sama,” kata Najib.

Hari Peneroka lazimnya disambut pada setiap 7 Julai saban tahun sebagai tanda peringatan kepada tarikh hari pertama kumpulan peneroka Felda terawal yang memasuki skim tanah itu di Lurah Bilut, Pahang pada 7 Julai 1956.

Felda yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956, ialah ilham Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, ayahanda Najib sendiri bagi tujuan pembangunan tanah dan penempatan semula masyarakat.

Ia berperanan untuk basmi kemiskinan kaum Melayu ketika itu hidup mundur di kawasan kampung melalui skim penanaman kelapa sawit dan getah seluas 811,140 hektar tanah pertanian melibatkan 112,635 orang peneroka.

Tahun lalu, sambutan diadakan penuh meriah selama tiga hari di Putrajaya sempena genap ulang tahun ke-60 dengan lebih 50,000 pengunjung menyaksikan pelbagai acara termasuk pameran kejayaan Felda dan warga Felda.

Baca: PH Abai Felda, Tiada Pun Ucapan Hari Peneroka!

Namun begitu, pada hari bersejarah itu semalam sunyi sepi seolah-olah langsung tidak lagi diiktiraf pihak PH apabila tiada sambutan Hari Peneroka Kebangsaan dirancang atau ucapan khas disampaikan pemimpin kerajaan.

Apakah PH tidak mengiktiraf sumbangan peneroka dan Felda dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara terutama hasil minyak sawit, getah serta produk hiliran yang dihasilkan melalui anak-anak syarikat Felda?

Berdasarkan usaha gigih dan pencapaian peneroka serta Felda kebelakangan ini terutama selepas diterajui Tan Sri Shahrir Abdul Samad, sudah semestinya peneroka skim itu layak dirai sebagai menghargai titik peluh mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini Pengerusi Felda yang baharu belum lagi dilantik oleh kerajaan PH selepas Shahrir meletakkan jawatannya akhir Mei lalu ekoran kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Ternyata menerusi isu mudah sebegini, peneroka dapat lihat kegagalan kerajaan PH hargai sumbangan mereka, apatah lagi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang dipertanggungjawabkan untuk urus Felda.

Beliau dilihat masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan Felda kecuali ada aura-ura bagi menukarkan nama FGV. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: FeldaHari Peneroka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd