• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafas Iblis Aiskrim Terpedas Di Dunia

oleh
17/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Sebuah kafe di Scotland, Britain menjadi tumpuan ramai kerana menghasilkan aiskrim berperisa pedas digelar sebagai ‘Respiro Del Diavolo’ yang membawa maksud ‘Nafas Iblis’.

Bagaimanapun media antarabangsa melaporkan bahawa makanan unik tersebut hanya boleh dibeli oleh pelanggan yang berusia 18 tahun ke atas kerana rasa krimnya itu dikatakan sebagai ‘sangat pedas’ di dunia.

Malah, jika anda ingin rasa, anda perlu menandatangani satu perjanjian bersetuju untuk cuba aiskrim itu meskipun sudah diberi amaran bahawa ia berpotensi membuat anda jatuh sakit hingga membawa maut, lapor Fox News.

Kafe yang dikenali sebagai The Aldwych itu sebenarnya menghasilkan aiskrim berperisa ‘Nafas Iblis’ tersebut sempena dengan sambutan Hari Valentine’s yang diraikan pada 14 Februari awal tahun ini.

Menurut Fox News, pemilik kafe berkenaan mendakwa aiskrim itu 500 kali lebih pedas daripada sos Tabasco dan tahap ini seperti empat jenis cili seperti Carolina Reaper, Pepper X, Dragon’s Breath dan Naga Morich.

Secara saintifik pula, tahap kepedasan aiskrim ini adalah 1,569,300 unit haba pada skala Scoville, iaitu unit rekod yang lazim digunakan oleh penyelidik seluruh dunia untuk mengukur tahap pedas mana-mana cili.

Bahkan demi elak sebarang insiden buruk daripada berlaku, pekerja kafe tersebut sendiri yang ditugaskan untuk menghidangkan aiskrim itu juga perlu memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemilik kafe, Martin Bandoni, 50 tahun, memberitahu Fox News bahawa pemakaian sarung tangan diwajibkan untuk pelindungan kerana pelbagai jenis cili mempunyai kesan yang berbeza pada kulit jika dibiarkan terlalu lama.

Bahan aiskrim yang dihasilkan itu menggunakan resipi turun-temurun dari Itali sejak tahun 1936 dan ramuan resepi digunakan adalah sepenuhnya daripada negara tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: ais krim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cawan Aiskrim Boleh Dimakan Elak Jadi Sampah

03/04/2018
0

JAKARTA - Bayangkan, aiskrim dalam bekas yang anda beli sudah pun habis dimakan dan secara kebetulan sukar pula untuk cari...

Ais Krim Istimewa Hidangan Dusun Durian

22/12/2017
0

BANDAR BAHARU (Kedah) - Lemak dan berkrim. Tekstur dan rasanya seperti isi durian yang disejukbekukan, namun ia sebenarnya adalah ais...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd