• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cawan Aiskrim Boleh Dimakan Elak Jadi Sampah

oleh
03/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bayangkan, aiskrim dalam bekas yang anda beli sudah pun habis dimakan dan secara kebetulan sukar pula untuk cari tong sampah di kawasan berhampiran bagi dibuang cawannya.

Justeru sebuah syarikat pemula di Indonesia ada jawapannya – makan sahaja bekas aiskrim itu! Cawan istimewa ini dicipta dalam usaha mengurangkan jumlah sampah plastik di negara terbesar di rantau Asia tenggara itu.

Cawan-cawan yang bersifat mesra alam sekitar keluaran syarikat tempatan Evoware ini dihasilkan hanya dengan menggunakan serbuk berasaskan rumpai laut, memandangkan Indonesia antara pengeluar terbesarnya di dunia.

Negara yang mencatatkan paling ramai umat Islam di dunia itu pada ketika ini menghasilkan 10 juta tan rumpai laut setiap tahun dan berhasrat untuk mengeluarkan lebih 19 juta tan lagi saban tahun menjelang 2020 kelak.

Idea unik berkenaan ujar beliau tercetus setelah pengasas syarikat tersebut, David Christian melihat banyak sampah plastik bersepah dibuang merata-rata di ibu kota Jakarta yang ketika ini dihuni kira-kira 10 juta penduduk itu.

Justeru timbullah idea untuk menghasilkan cawan yang bukan sahaja menyeronokkan malah boleh meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pelbagai cabaran alam sekitar dan usaha pemuliharaan secara berterusan.

Hasil ciptaan unik ini turut menarik perhatian dari luar negara. Tahun lepas, serbuk rumpai laut ciptaan Evoware muncul antara pemenang Cabaran Circular Design yang membawa pulang hadiah bernilai AS$1 juta (RM3.8 juta).

Namun menurut penjual aiskrim, Ong Tek Tjan, harga aiskrim itu ketika ini agak mahal lima kali ganda daripada kon biasa dan berharap ia dapat diturunkan untuk galak pelanggan membelinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ais krimIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd