• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Sedia Kaji Gaji Anggota Bomba

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia mengkaji cadangan menaikkan gaji anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata ini kerana tugas anggota JBPM kini dilihat semakin mencabar dan sama penting seperti anggota keselamatan lain.

“Jadi mungkin mesti ada sedikit peningkatan dari segi kebajikan mereka yang harus diambil kira dan diberi keprihatinan…(kenaikan gaji) mungkin kita akan bincang untuk dimasukkan dalam bajet pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 Peringkat Kebangsaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, hari ini.

Rabu lepas, Zuraida dilapor berkata keputusan pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada setiap pegawai dan anggota JBPM akan diketahui hujung bulan ini.

Elaun khas itu disyorkan bekas menteri Tan Sri Noh Omar pada 21 Mac lepas bagi mengiktiraf usaha pasukan bomba dan penyelamat menangani bencana, yang meletakkan agensi itu setanding agensi penguatkuasaan lain.

Sekiranya diluluskan, elaun itu akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM, melibatkan peruntukan kira-kira RM35.4 juta setahun.

Sementara itu, Zuraida berkata kementeriannya juga akan mengkaji dan meneliti keperluan untuk menambah bajet pasukan bomba sukarela dan komuniti yang bertindak sebagai pasukan pertama membantu JBPM sekiranya berlaku bencana. – BERNAMA

Tags: BombaKPKT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming turun padang membantu mengecat Flat Tun Aminah, Skudai...

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd