• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Henti Pengeluaran AP Sisa Plastik Tiga Bulan

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menghentikan permit pengeluaran lesen import (AP) sisa plastik HS Kod 3915, terhadap 114 syarikat dan kilang di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan, berkuat kuasa semalam.

Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata tindakan itu diambil susulan laporan akhbar tempatan mengenai pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor yang dikatakan berpunca daripada kilang yang memproses plastik import secara haram.

Selaras pembekuan itu, beliau berkata semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara terutama di Selangor diarah membuat pembersihan dengan mengenal pasti hanya kilang mendapat kelulusan KPKT dan melaksanakan pengurusan sisa plastik mengikut piawaian alam sekitar antarabangsa, dibenarkan beroperasi.

“Dalam tempoh tiga bulan itu, semua kilang yang dihentikan permit perlu membuat permohonan semula dengan kriteria baharu bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran piawaian berlaku,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Kriteria ketat dikenakan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) untuk mana-mana kelulusan AP sisa plastik ialah pengimport perlu mendapatkan surat kelulusan pematuhan kilang daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan mempunyai lesen premis Pihak Berkuasa Tempatan.

Mendapat pengesyoran kelulusan pemeriksaan kilang oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan bukti bergambar bahawa sisa yang diimport adalah bersifat homogeneous, bersih dan bukan dalam kategori bahan berjadual.

Antara syarat ketat lain yang dikenakan JPSPN adalah untuk semua pembekal sisa plastik mempunyai pensijilan ISO14000 yang mengamalkan sistem pengurusan alam sekitar yang efektif dan bertanggungjawab.

Sisa plastik dibawa masuk juga hendaklah diproses sepenuhnya oleh kilang pengimport (yang memiliki AP) dan wajib mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti Peraturan (Udara Bersih) 2014 dan (Efluen Perindustrian) 2009 serta mana-mana peraturan ditetapkan PBT.

Selain itu, Zuraida berkata KPKT melalui JPSPN akan menubuhkan sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan Ketua Pengarah JPSPN Ismail Mokhtar bagi mengkaji semula prosedur dan dasar semasa, pengimportan sisa plastik Kod Tarif 3915.

Katanya pasukan tersebut akan dianggotai JAS, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta SWCorp.

Dalam perkembangan lain, Zuraida, yang juga Ketua Wanita PKR, berkata beliau masih belum memutuskan jawatan yang hendak ditandinginya pada pemilihan parti bulan depan dan sedang membuat pertimbangan berdasarkan kepentingan dan keperluan politik dalam parti.

“Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan buat keputusan dan pengumuman kerana tarikh pencalonan pemilihan pusat ditunda dari 29 Julai kepada 5 Ogos. Ia beri saya lebih masa untuk mempertimbangkannya… jawatan yang saya nak bertanding itu haruslah beri impak kepada pengukuhan parti dan pemantauan akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPKTZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming turun padang membantu mengecat Flat Tun Aminah, Skudai...

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd