• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Sukan Mesra Wanita Bakal Dibina Di Selangor

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – Negara bakal mempunyai sebuah kompleks sukan mesra wanita, yang pertama, dengan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk taman penjagaan kanak-kanak, spa dan salon kecantikan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata kompleks mesra wanita itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Kita berpandangan terdapat kepentingan untuk kita membina kemudahan ini kerana wanita negara ini memerlukan tempat riadah yang membolehkan mereka berasa bebas dan tidak terkongkong dengan pelbagai kekangan,” katanya ketika meninjau satu daripada tapak cadangan kompleks itu di sini, pagi ini.

Tapak berkeluasan 6.07 hektar itu antara empat lokasi (semuanya di Selangor) yang dicadangkan bagi membina kemudahan itu.

Zuraida berkata selain mempunyai ciri kemudahan seperti kolam renang dan gelanggang sukan khusus untuk wanita, kompleks ini juga mampu menganjurkan sukan wanita bertaraf antarabangsa.

Di samping itu, ia akan memenuhi keperluan golongan kurang upaya dan kanak-kanak yang mengiringi kaum hawa yang datang ke situ.

Mengenai perkembangan lain, Zuraida berkata kementerian dalam proses menyediakan Dasar Perumahan Awam KPKT yang dijangka siap September ini merangkumi keperluan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat.

“Kita juga akan berhubung dengan semua Kerajaan Negeri untuk menyediakan lebih banyak tanah yang mempunyai jaringan kemudahan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dengan harga paling rendah untuk golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan memastikan harga rumah berada pada tahap terkawal walaupun selepas pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). – BERNAMA

Tags: WanitaZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd