Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Degil Arahan PKP...

KUALA LUMPUR - Masyarakat sudah sepatutnya faham betapa pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan...

Cucu Hadapi Pertuduhan Bunuh...

ALOR SETAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

My Partner Doesn;t Put...

It's good to earn a modest plan before starting writing your TOEFL answer....

Bomba Bawa Ibu Orang...

GUA MUSANG - Seorang ibu masyarakat Orang Asli dari Pos Simpor di sini...

KJ Tolak Tawaran Jadi Setiausaha Agung BN

TOLAK… Bekas calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menolak pelawaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Malahan Khairy, 42, dalam kicauan terbaharu menerusi akaun sosial Twitter mengucapkan terima kasih atas tawaran tersebut sambil menyatakan beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan tertinggi dalam parti itu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO serta mantan Menteri Belia dan Sukan berkenaan bahkan menegaskan dirinya akan sentiasa tetap bersama -sama dengan UMNO selain mahu memberi fokus sebagai Ahli Parlimen BN Rembau.

“Terima kasih DS Zahid kerana menawarkan jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya beritahu tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi. Saya beri fokus tugas ahli Parlimen. Sedia bantu dan tetap bersama UMNO,” kicau Khairy.

Ahmad Zahid sebelum ini memberitahu beliau telah mengadakan perbincangan dengan Khairy berkaitan dengan peranan bekas Ketua Pemuda BN tersebut di dalam parti berkenaan selepas tamat pemilihan jawatan UMNO.


Dalam pemilihan parti yang berlangsung sengit di seluruh negara semalam, Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden dengan 99 undi. Khairy pula memperoleh 61 undi manakala Tengku Razaleigh Hamzah hanya mendapat 30 undi.

Bekas timbalan presiden UMNO itu menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melepaskan semua jawatan tertinggi parti pada bulan lalu susulan kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas. – Mynewshub.tv

Kategori