• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Tolak 3 Kali Tawaran Saya – Ahmad Zahid

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin didakwa menolak tawaran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengisi jawatan dalam parti itu sebanyak tiga kali.

Ahmad Zahid berkata, tawaran pertama diberikan sebelum pemilihan UMNO ketika beliau mencadangkan kepada Khairy untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Katanya, cadangan terbabit dikemukakan kepada Ahli Parlimen Rembau itu selepas bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

“Saya beri peluang kepadanya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana Hishamuddin menarik diri daripada bertanding.

“Tetapi, dia mahu kekal sebagai calon Naib Presiden, namun kemudian bertanding jawatan Presiden.

“Selepas dia kalah, saya tawarkan pula jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), dia tolak juga.

“Sebelum barisan kepemimpinan UMNO yang baharu diumumkan, saya tawarkan buat kali ketiga kepadanya, jawatan Ketua Penerangan parti tetapi dia tolak juga,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan memberikan peranan tertentu kepada Khairy bagi membolehkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu terbabit secara langsung dalam pemulihan parti.

Ditanya apakah alasan dikemukakan Khairy di sebalik penolakan ketiga-tiga tawaran berkenaan, Ahmad Zahid berkata, Khairy mungkin ada perancangan sendiri untuk membantu UMNO serta menjadi pembangkang yang konstruktif.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau turut mengemukakan tawaran kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li, ketika kedua-duanya bertemu, semalam.

“Saya beranggapan ‘winner cannot take all’, jadi saya harus merundingi beberapa perkara tentang peranan efektif yang boleh dimainkan beliau untuk membantu menterjemahkan kebangkitan semula UMNO.

“Itu (peranan ditawarkan) saya bincangkan dengannya dan beliau akan buat keputusan kelak,” katanya.

Ketika pemilihan parti itu pada 30 Jun lalu, jawatan Presiden UMNO menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan Ahmad Zahid berjaya mengatasi Khairy, Ku Li serta dua yang lain. – MyMetro

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKhairy Jamaluddin Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

07/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari...

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd