• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg. Kandis: Kesan Dakwat PRU14 Tak Jejas Hak Undi

oleh
25/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang masih mempunyai kesan dakwat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di jari mereka, tidak terjejas hak untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 Ogos depan.

Menegaskan demikian hari ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood berkata pengundi tidak perlu bimbang kerana SPR telah mengambil langkah sewajarnya berkaitan perkara itu termasuk akan mengadakan taklimat dengan semua petugas pilihan raya.

Menurut beliau, dalam proses pilihan raya setiap pengundi akan diperiksa jari mereka untuk memastikan ia bebas daripada sebarang tanda dakwat sebelum diberikan kertas undi.

“Namun begitu, SPR sedar bahawa berikutan proses PRU14 yang lalu, terdapat sesetengah pengundi yang sehingga kini masih mempunyai kesan dakwat di jari atau kuku mereka.

“Oleh itu, bagi proses pengundian di PRK DUN Sungai Kandis ini, sekiranya dibuktikan bahawa kesan dakwat itu adalah bekas kesan lama yang digunakan pada PRU14 dan bukan kesan dakwat yang baharu, maka petugas pilihan raya akan membenarkan pengundi terbabit mengundi.

“Ini selagi nama mereka dalam senarai daftar pemilih belum dibuat penandaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

DUN Sungai Kandis mempunyai 51,230 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 51,217 orang pengundi biasa dan 13 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Dalam pada itu, Othman berkata proses pengundian pada PRK ini akan dihadiri dan disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding.

Selain itu juga, beliau berkata, pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada beberapa organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR akan turut menyaksikan proses berkenaan.

“SPR berharap para pengundi di DUN Sungai Kandis ini dapat menjalankan tanggungjawab mengundi pada hari mengundi dengan selesa tanpa merasa bimbang,” katanya.

PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

PRK itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon BN Datuk Lokman Noor Adam, dan calon Bebas K. Murthy. – BERNAMA

Tags: dakwat kekalPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd