• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

oleh Mynewshub
19/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui kerjasama Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Liew Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, Tan Sri Lim Kit Siang ketika itu dengan berani mendekati kumpulan UMNO yang menolak Najib termasuk menghulur salam solidariti kepada Mahathir dan Muhyiddin.

“Berkali-kali kami daripada PH mengadakan rundingan dengan mereka terutamanya pada separuh pertama 2017. Keputusan sebulat dicapai lewat tengah malam 14 Julai untuk melantik Mahathir sebagai Pengerusi PH,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Chin Tong berkata, kejayaan PH menumbangkan Najib juga hasil kebijaksanaan Anthony Loke Siew Fook dan Datuk Seri Saifuddin Nasution membawa semua pihak terlibat ke meja rundingan.

Dalam pada itu, beliau mendakwa, Najib mungkin masih Perdana Menteri hari ini sekiranya membubarkan Parlimen selepas selesai penganjuran Sukan SEA di Kuala Lumpur pada Ogos 2017.

Menurut beliau, ketika itu kerjasama PH dengan kumpulan Mahathir belum kukuh.

“Selepas tumbang BN pada PRU 2018, saya mendapat khabar daripada sumber pimpinan UMNO Najib sebenarnya mahu membubarkan Parlimen sebaik sahaja selesai penganjuran Sukan SEA di Kuala Lumpur pada Ogos 2017.

“Bayangkan, jika beliau berbuat demikian dalam keadaan kerjasama PH dengan kumpulan Mahathir belum kukuh, peluang untuk BN mengekalkan kemenangan adalah lebih cerah.

“Mungkin Najib masih lagi menjadi Perdana Menteri sehingga sekarang,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Liew Chin Tong

Tags: 2018Datuk Seri Najib Tun RazakLiew Chin TongPengarah Strategik DAPPRU14Tan Sri Lim Kit SiangTan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Menteri KewanganTun Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd