Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Banjir Hampir Pulih, Johor...

JOHOR BAHRU - Bilik gerakan bencana negeri yang diaktifkan sejak lima hari lepas...

Terlibat Rasuah Vaksin Covid-19,...

BISHKEK: Menteri Kesihatan Kyrgyzstan yang mencadangkan penggunaan akar beracun bagi rawatan Covid-19 dipenjara...

Video Ceramah Tiada Sambutan...

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Sikamat, Syamsul Amri...

Status Ibu Tunggal Zarina...

BARU sahaja melahirkan anak sulung Gabriel Martin Ezra pada Ogos lalu, kini muncul...

Kerajaan Tidak Terikat Dengan Keputusan CEP

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak terikat kepada sebarang pandangan atau keputusan yang dibuat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew berkata ini kerana peranan CEP hanyalah dalam kapasiti penasihat dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif.

“Kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) juga melantik banyak advisory body (badan penasihat) seperti advisory bodies on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) (badan penasihat atas 1MDB) dan special advisory on many other bodies (penasihat khas atas badan-badan lain) . Tetapi soal akauntabiliti atau locus standi bagi CEP ini tidak wujud kerana mereka ini hanya bertindak sebagai majlis penasihat yang tidak terikat dengan apa-apa perundangan.

“Isu akauntabiliti adalah terletak kepada jemaah menteri. Laporan yang diberikan kepada kerajaan tidak semestinya binding on the government (mengikat kerajaan),” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) pada sesi soal jawab hari ini.

Persidangan sebelum itu sedikit kecoh apabila Khairy bangkit mempertikaikan peranan CEP yang didakwanya bukan hanya bertindak sebagai penasihat tetapi juga memberi arahan kepada kerajaan.

Terdahulu, menjawab soalan Khairy mengenai lawatan Pengerusi CEP Tun Daim Zainuddin ke China, Liew menjelaskan lawatan itu adalah atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sekiranya diarahkan bolehlah pergi melawat untuk mendapatkan pandangan dan juga isu-isu yang melibatkan kedua-dua negara ini,” katanya.


Liew turut menegaskan kewujudan CEP adalah hanya untuk 100 hari selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pentadbiran kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

CEP yang ditubuhkan pada 12 Mei lepas selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baharu bertindak sebagai penasihat kerajaan berkaitan ekonomi dan kewangan negara ketika proses peralihan kuasa.

Katanya setakat ini hampir 340 individu daripada 220 organisasi dijemput hadir untuk memberi taklimat atau pandangan mereka agar cadangan yang dibawa CEP turut mengambil kira pandangan sebenar pada peringkat akar umbi. – BERNAMA

Kategori