• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Tak Pernah Lantik Ejen RMMJ

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana ejen atau individu untuk mendapatkan bayaran daripada orang ramai untuk memperoleh Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menerusi kaedah seperti sewa atau sewa-beli.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Dzulkefly Ahmad berkata peringatan itu dibuat susulan terdapat sembilan individu menjadi mangsa berhubung mendapatkan kuota RMMJ, baru-baru ini.

Katanya, di dalam kes berkenaan, setiap mangsa diminta untuk membayar RM5,000 bagi menempah RMMJ.

Selesai pembayaran, mangsa akan diberikan surat Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) yang kononnya untuk melayakkan mereka mendapatkan kuota RMMJ.

Bagaimanapun menurut Dzulkefly, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan tidak pernah meminta sebarang bayaran daripada orang ramai bagi menempah RMMJ, apatah lagi mengeluarkan SLMR dalam bentuk surat seperti diperoleh mangsa.

“SUKJ hanya mengeluarkan SLMR dalam bentuk sijil. Oleh itu, laporan polis telah dibuat sejurus kakitangan SUKJ mengesan pemalsuan SLMR daripada mangsa yang datang ke pejabat SUKJ untuk urusan rumah,” katanya kepada dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Pejabat RISDA Johor di sini, hari ini.

Dzulkfely berkata daripada semakan pihaknya, pemalsuan SLMR itu melibatkan projek rumah kluster dua tingkat RMMJ bernilai RM150,000 di Setia Business Park II, Johor Bahru, di sini.

Sementara itu, beliau memberitahu kerajaan telah meluluskan kaedah ‘sistem undian terbuka’ untuk pembahagian Perumahan Rakyat Johor (PRJ).

Katanya, kaedah itu akan pertama kali dijalankan bagi projek di Taman Bandar Putra, Segamat melibatkan 101 unit rumah Pakej B berharga RM80,000 dan projek di Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi yang meliputi 233 unit rumah Pakej A berharga RM42,000.

“Undian akan dibuka kepada bakal pembeli mengikut daerah dan kelayakan. Senarai pembeli menunggu akan diwujudkan 20 peratus daripada unit ditawarkan, bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada bakal pembeli yang telah mendaftar lebih awal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Johorrumah mampu milik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd