• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cadang Wujud Akta Kebencian Agama, Kaum

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

“Agama juga perlu diberi perlindungan kerana mana-mana agama sekalipun dilarang daripada dicaci dan dimaki,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Sri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai persediaan kerajaan dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam termasuk menggubal rang undang-undang baharu.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook.

“Kami belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada pihak polis untuk kami teliti seterusnya melihat aspek-aspek yang boleh dikawal agar Islam sebagai agama Persekutuan itu dihormati oleh semua pihak termasuk juga untuk agama lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: AktaIsu Kaum & Agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi

Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi

16/07/2022
0

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Fahmi Fadzil mengemukakan notis usul kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk...

Akta Baharu Tangani Isu Perpaduan, Sensitiviti Kaum & Agama

16/01/2019
0

PUTRAJAYA - Isu-isu yang melibatkan perpaduan, sensitiviti kaum dan agama yang kini di bawah Akta Hasutan akan ditangani melalui akta-akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd