• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Dijangka Ada 26 Menteri, 23 Timbalan Menteri

oleh Ahmad Albab
02/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kenderaan menteri dan hakim dilihat mula memasuki Istana Negara dekat Jalan Duta melalui pintu dua sempena istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang dijadualkan hari ini.

Terdahulu, kelihatan beberapa kenderaan yang dipercayai dinaiki oleh Ahli Parlimen, memasuki istana bagi menghadiri istiadat angkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri yang dijadual berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini.

Sebelum majlis angkat sumpah berlangsung, Ahli Parlimen berkenaan difahamkan menghadiri sesi raptai terlebih dulu, yang bermula jam 9 pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

Kenyataan itu menyebut, senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun lalu.

Sebelum ini, 13 Menteri Kabinet sudah mengangkat sumpah dan dengan baki Menteri dan Timbalan Menteri yang akan mengangkat sumpah pada pagi ini, Kabinet dijangka mempunyai 26 Menteri dan 23 Timbalan Menteri, jika berpandukan kepada senarai nama yang tersebar di media sosial. -BH ONLINE

Tags: kabinetMenteritimbalan menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd