• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Dinasihat Rujuk Pembimbing Ibadat

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Unit Bimbingan dan Ziarah Tabung Haji Madinah menasihatkan jemaah untuk merujuk kepada pembimbing ibadat haji Tabung Haji (TH) sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, terutamanya berkaitan dengan khilaf mazhab.

Pengurus Ibadat TH di Madinah Mohd Zamri Ramli berkata sekiranya kemuyskilan tersebut memerlukan jawapan yang lebih khusus, ia akan dirujuk kepada pakar rujuk TH.

“Pembimbing Ibadat Haji yang bertugas di Madinah dan Makkah bagi tahun ini terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti guru, pensyarah serta penceramah bebas dan kesemua mereka berpengalaman (dalam bidang hukum),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata Tabung Haji menyediakan program ziarah jemaah haji yang tiba di Madinah dikenali sebagai ziarah dalam, ziarah luar dan ziarah silaturrahim.

Katanya program ziarah dalam merangkumi lawatan jemaah ke kawasan dalam Masjid An-Nabawi, seperti di Makam Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, sudut Raudhah serta Perkuburan Baqi’.

“Bagi program ziarah luar pula, kami dibantu pelajar dari Universiti Madinah akan membawa jemaah menaiki bas menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabbal Uhud dan Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh serta ladang kurma.

“Ziarah silaturrahim pula berkisar kepada lawatan pihak kami kepada jemaah yang uzur di bilik-bilik penginapan mereka dan membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah dari segi persoalan ibadat, selain turut sama dibantu unit kaunseling TH,” katanya.

Seramai 12 pembimbing ibadat haji dilantik bagi musim 1439H ini dan ditempatkan di pejabat-pejabat zon di Madinah. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd