Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

BR1M: Tun M Kata...

PULAU PINANG - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi mengumumkan Pakatan...

Blogger Seks Cabar PM,...

Terlalu biadap!Itulah yang boleh dikatakan terhadap tindakan blogger seks yang melarikan diri dari...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO...

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi...

Remaja Kanada Tak Dijangkiti...

PUTRAJAYA - Remaja warga Kanada yang dilaporkan pengsan di lot parkir sebuah pusat...

Hasanah Lapor Polis Dakwaan Hantar Surat Kepada CIA

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid akan buat laporan polis berhubung dakwaan beliau mengirim sepucuk surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam beliau, Datuk Shaharudin Ali hari ini, Hasanah berkata beliau dinasihati oleh peguamnya untuk membuat laporan polis.

Hasanah berkata beliau juga akan mengadakan sidang akhbar untuk memperjelaskan keadaan sebenar.

Dalam surat yang didakwa itu bertarikh 4 Mei tahun ini dan dialamatkan kepada Pengarah CIA, Gina Haspel, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai rakan kepada AS.

Dalam surat itu juga, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan perdana menteri pula disifatkan sebagai “anti-Barat dan anti-Yahudi”.


Surat berkenaan, didakwa ditulis kira-kira seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, mengucapkan tahniah atas pelantikan Haspel untuk menerajui CIA.

Ia juga merayu AS supaya menyokong pentadbiran Najib “sungguhpun jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya itu dengan majoriti mudah atau hanya dengan kelebihan satu kerusi.” – BERNAMA

Kategori