• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hala Tuju Baharu RMK11 Dibentang Di Parlimen Oktober Ini

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka hala tuju baharu Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata hala tuju baharu pelan pembangunan itu akan mengandungi pelaksanaan dasar baharu serta dasar sedia ada yang ditambah baik berpandukan keperluan ekonomi semasa.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang ingin tahu bentuk program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu seperti mana yang dinyatakan Perdana Menteri sebelum ini,

Mohamed Azmin berkata dasar dan program untuk mengangkat martabat dan memperkukuhkan tahap sosio ekonomi orang Melayu dan Bumiputera akan diteruskan demi memberdayakan kumpulan sasar ini.

“Namun sebagai kerajaan yang peduli rakyat, pengagihan ekonomi mesti dilakukan secara adil kepada semua rakyat mengikut keperluan masing masing dalam memelihara hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Dalam langkah Kerajaan untuk meneliti semula dasar-dasar utama negara termasuklah Dasar Ekonomi Baru dan Model Ekonomi Baru, pembangunan sosio ekonomi orang Melayu dan Bumiputera akan tetap menjadi agenda Kerajaan,” katanya.

Dalam hal ini, Mohamed Azmin menjelaskan pelbagai dasar baharu dan sedia ada sedang dikaji dan akan ditambahbaik berpandukan kepada keperluan semasa dan cabaran ekonomi dunia serta mengambil kira janji-janji di dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Beliau berkata ia bagi memastikan pelaksanaan agenda pembangunan sosioekonomi orang Melayu dan Bumiputera yang lebih mampan dan lestari dapat diwujudkan sekali gus meningkat keupayaan skala ekonomi orang Melayu dan Bumiputera untuk lebih berdaya saing.

“Kerajaan juga komited untuk meneruskan usaha peningkatan taraf sosio ekonomi rakyat Malaysia yang lain”, katanya.

RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun (2016-2020) terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. — BERNAMA

Tags: ParlimenRMK11
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd