• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar Lebih Ramai Usahawan Muda Terajui Industri Asas Tani

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan lebih ramai usahawan muda untuk menerajui industri asas tani yang dilihat mampu memberi pulangan lumayan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata FAMA telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta dalam bentuk geran bagi usahawan industri asas tani tahun ini, malah jumlah tersebut akan terus ditingkatkan demi pembangunan industri berkenaan dengan mengadakan perbincangan di bawah kementerian terlibat.

“Seramai 6,370 usahawan bimbingan FAMA di seluruh negara berjaya mencapai tahap nilai jualan yang memberangsangkan di samping memastikan pengeluaran produk berasaskan pertanian yang berkualiti, pengurusan dan pembungkusan menepati spesifikasi, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Karnival Industri Asas Tani Wilayah Utara di sini, hari ini.

Beliau turut menyampaikan geran kepada 23 usahawan industri asas tani daripada Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Selain itu, beliau menambah, dengan menghimpunkan usahawan bimbingan FAMA dari ketiga-tiga negeri wilayah utara itu di bawah satu bumbung, mereka berpeluang untuk mempromosikan produk industri asas tani keluaran negeri masing-masing ke pasaran yang lebih luas di samping mendedahkan mereka kepada suasana pemasaran yang sebenar.

“Melalui karnival seumpama ini juga, FAMA yang sentiasa menitikberatkan kualiti produk dari segi pengeluaran hasil, pembungkusan dan juga pemasaran dengan menggunakan kaedah low cost-high impact menerusi kerjasama dengan agensi dan jabatan terlibat dilihat mampu membangunkan usahawan knowledge based.

Hasilnya, mereka dapat memajukan industri asas tani dan mampu menjana pulangan yang baik terutamanya ushawan muda. Pada masa yang sama kita dapat lahirkan usahawan yang produktif dan kreatif memasarkan produk,” katanya.

Agensi yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program tersebut termasuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri dan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Negeri (HALAL). – BERNAMA

Tags: FAMAusahawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Dari Mukah Dipercayai Maut Akibat HFMD

Next Post

Rakyat Semakin Marah Kepada Kerajaan – Najib

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

Next Post

Rakyat Semakin Marah Kepada Kerajaan - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd