• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Palauh Bom Ikan Ditahan

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Tindakan dua lelaki Palauh menangkap 32 kilogram pelbagai jenis ikan menggunakan bahan letupan menerima padah apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu di kawasan Laut Katung Kalungan, petang semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata dua lelaki berumur 17 dan 48 tahun itu ditahan Unit Risik Marin yang membuat intipan dalam penugasan OP Landai pada 5 petang.

“Siasatan awal mendapati suspek mengakui menangkap ikan menggunakan bom ikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam serbuan itu, katanya PPM turut merampas pelbagai barangan untuk mengebom ikan termasuk batang shaft, kompresor, hos, sumbu peledak dan manci.

Beliau berkata tahanan dan barang rampasan diserah ke Jabatan Perikanan Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)© Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

Tags: Bom Ikanlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd