• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Serangan Seksual Dakwa Diserang Di Penjara AS

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHICAGO – Bekas doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat, Larry Nassar yang terbabit melakukan penderaan seksual ke atas ratusan atlit wanita dan remaja perempuan mendakwa diserang di penjara persekutuan serta dihukum secara berat sebelah oleh hakim.

Nassar dihukum penjara seumur hidup atas sabitan tiga kesalahan serangan seksual dan pornografi kanak-kanak.

Dalam tuntutan di mahkamah negeri Michigan, beliau meminta perbicaraan untuk hukuman baru dengan mendakwa keputusan sebelum ini dijatuhkan oleh hakim yang tidak adil.

Doktor berusia 54 tahun itu mengaku salah melakukan serangan seksual ke atas atlit sejak berpuluh tahun lalu, termasuk juara Gimnastik AS dan Olimpik, atas alasan rawatan perubatan.

Peguam bela Nassar mengkritik Hakim Rosemarie Aquilina yang menjatuhkan hukuman berkenaan pada penghakiman Januari lalu selepas mendengar keterangan penuh emosi daripada 160 mangsa.

Aquilina menjadi perhatian apabila memberikan ulasan jujur dan pedas semasa perbicaraan, selain kata-kata berunsur pujukan ke atas setiap saksi yang memberi keterangan.

“Usaha Hakim Aquilina untuk memalukan Dr Nassar di seluruh dunia berjaya dan doktor itu menjadi mangsa serangan di dalam mahkamah di Eaton County dan penjara persekutuan,” kata peguam Nassar dalam tuntutan berkenaan.

Perbicaraan di Eaton County berlaku selepas hukuman dijatuhkan oleh Hakim Aquilina dan Nassar hampir dipukul oleh bapa seorang daripada mangsa terbabit namun berjaya diselamatkan polis bertugas. – AFP/BH ONLINE

Tags: doktorPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd