• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

oleh Mynewshub
20/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara tiga individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, petang Jumaat.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/VID_20260620_083008_644.mp4

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, yang bertugas sebagai doktor di Hospital Segamat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lebih menyayat hati, anak perempuannya, Dhea Sofia, 2, turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, isteri mangsa, Hana Ibrahim, 35, yang juga seorang doktor di Hospital Segamat mengalami kecederaan parah.

Turut berada dalam kenderaan sama ialah ibu dan bapa mentua mangsa, Rose Abdullah, 72, serta Ibrahim Mat Taib, 80, yang dilaporkan cedera ringan.

Dalam kemalangan sama, seorang lagi mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Azaharuddin Mohd Ali, 46.

Menurut polis, mangsa yang merupakan Ketua Penolong Pengarah di Lembaga Hasil Cyberjaya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isterinya, Siti Fatimah Awing Kechik, 46, mengalami kecederaan ringan manakala anak lelaki mereka, Aiman Faez Al-Amini, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Mohamed Yatim, Rembau dilaporkan parah.

Sementara itu, pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Isuzu D-Max, Syed Muhammad Izzat Aiman Syed Ahmad, 31, hanya mengalami kecederaan ringan.

Siasatan awal mendapati Honda Civic dipandu Mohamad Zekry dan Toyota Alphard sedang bergerak dari arah Segamat menuju ke Kuantan manakala Isuzu D-Max datang dari arah bertentangan.

Menurut Mohd Zaidi, pemandu D-Max dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan selepas terlanggar lopak air lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibat kejadian itu, kenderaan berkenaan bertembung dengan kedua-dua kenderaan mangsa yang berada di laluan tersebut,” katanya.

Semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –MYNEWSHUB

Tags: Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di PekandoktorKadar Kemalangankemalangankemalangan baskemalangan jalan raya
Share291Tweet182SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd