Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Louis Tomlinson 1D Bakal...

AHLI kumpulan popular One Direction, Louis Tomlinson dikhabarkan bakal menjadi bapa tidak lama...

CUEPACS Gesa GST Dikecuali...

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mengecualikan...

Lagi Hubungan Sulit Lin...

SELEPAS kisah hubungan sulitnya dengan pelakon dan model Zhao Yaqi terbongkar, kali ini...

Perginya Pejuang Dasar Pengiklanan...

PETALING JAYA - Negara hari ini kehilangan seorang pejuang dasar pengiklanan negara, Prof...

Dana Negara Hilang RM30 Bilion Sejak PH Berkuasa

AWAL Jun lalu, rakyat gempar apabila agensi berita rasmi Bernama ‘ceria’ melaporkan kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal buat projek hartanah mewah RM30 bilion di Langkawi, Kedah.

Angka RM30 bilion itu menyamai jumlah rizab Bank Negara Malaysia (BNM) ‘lesap’ pada tahun 1993 apabila akibat ‘permainan’ spekulasi tukaran mata wang asing menyebabkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk tahun lalu.

Namun kali ini mungkin lebih teruk apabila negara dilaporkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sudah ‘hilang’ hampir RM30 bilion dana kerajaan sejak Pakatan Harapan (PH) ambil alih tampuk pemerintahan.

Ini termasuk hasil sepatutnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang disifarkan kadarnya, kerugian pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta campur tangan politik dalam Khazanah Nasional Berhad.

Juga tindakan pelabur asing yang ‘lari’ daripada pasaran saham tempatan sekali gus menjejaskan pelaburan 10 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Khazanah akibat sentimen tidak yakin dengan prospek pentadbiran PH.

Baca: Kisah Kroni Si Mahathir Raih Projek RM30 Bilion

Juga: Kabinet 1993 Pun Tak Tahu BNM Rugi RM30 Bilion

Dan: PH Tipu Rakyat Tambah Lagi Hutang RM22.5 Bilion

“Bayangkan dalam satu hari campur tangan kerajaan PH terhadap Khazanah telah pun mengakibatkan RM2 bilion hilang,” ujar Annuar merujuk Mahathir melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi sayap pelaburan strategik itu.

Ujar beliau, kenyataan-kenyataan bersifat politik oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap keadaan kewangan negara juga telah mengakibatkan pelabur asing hilang keyakinan dan negara hilang lebih RM11 bilion.


“Rakyat tidak sedar semua ini kerana mereka tidak diberitahu secara telus. Sebaliknya yang diuar-uarkan untuk menutup perkara ini adalah kejayaan jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia hanya sebanyak RM160 juta.

“RM160 juta rakyat beri konon untuk bayar hutang negara, tetapi kerajaan PH menyebabkan kehilangan hampir RM30 bilion. Kita kena bagi kesedaran ini pada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara semalam.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa kerajaan PH berjaya buat hutang baharu secara senyap lebih 20 bilion sejak berkuasa awal Mei lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori