Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Perlu Gudang Khas Import,...

WANG KELIAN - Pembinaan sebuah gudang import dan eksport di sempadan Malaysia-Thailand amat...

Universiti Malaya Dakwa Fahmi...

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol yang turut bertanggungjawab...

Ramai Bantah Persembahan Jocelyn...

PETALING JAYA – Perancangan pelawak kontroversi, Jocelyn Chia dan rakannya yang juga pelawak...

Kerana Tamak, Unit PPR...

KUALA LUMPUR - Sikap tamak dan ingin mengaut keuntungan segera dilihat antara faktor...

CHANT Persoal Kerajaan P.Pinang Projek Lebuh Raya

GEORGE TOWN – Penang Citizens Awareness Chant group hari ini mempersoalkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang mengapa tidak ada perundingan awam bagi projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) yang dicadangkan.

Penasihatnya Yan Lee berkata Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) (Jadual Kedua) bagi projek tersebut yang dipamerkan kepada orang awam tidak mudah difahami kerana rakyat perlu menyemak kira-kira 800 muka surat.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri mengadakan rundingan awam mengenai projek Penambakan Laut Pulau Pinang yang membolehkan rakyat mendapat penjelasan langsung daripada perunding mengenai projek itu dan ini harus terpakai bagi projek lebuh raya PIL 1 memandangkan banyak kawasan yang terlibat.

“Terangkan kepada rakyat, berkongsi dengan rakyat dan biarkan rakyat tahu apa yang sedang anda lakukan.Tidak ada apa yang disembunyikan. Kita adalah Malaysia baharu sekarang,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang media Jumaat lepas berkata laporan EIA bagi projek lebuh raya PIL 1 kini dipamerkan kepada orang awam selama 30 hari dari 11 Julai hingga 10 Ogos.

Projek lebuh raya PIL 1 akan dilaksanakan di bawah fasa satu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).


PTMP ialah projek yang diusahakan oleh kerajaan negeri yang menelan kos dianggarkan RM46 bilion. Ia melibatkan pembinaan terowong bawah laut menghubungkan sebelah pulau dengan tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta perkhidmatan b s di sebelah pulau dan tanah besar.

Sementara itu, seorang penduduk di Jalan Utama (kawasan yang terlibat dengan projek itu), Dalbinder Singh yang turut hadir pada sidang media itu berharap kerajaan negeri dapat membuat satu rundingan yang lebih menyeluruh kepada rakyat terutamanya penduduk di kawasan terlibat.

Beliau berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf sistem trafik di negeri itu sebaliknya mahukan penyelesaian yang lebih komprehensif dan menyeluruh seperti meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Trafik memang masalah di Pulau Pinang. Kerajaan negeri boleh melabur lebih banyak dalam pengangkutan awam. Pengangkutan awam ada potensi yang besar di Pulau Pinang terutamanya sistem bas. Jadi, saya rasa highway boleh tunggu (pembinaannya),” katanya. – BERNAMA

Kategori