• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Presiden Korea Selatan Dihukum Penjara

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Mahkamah Korea Selatan semalam, menjatuhi hukuman penjara lapan tahun ke atas bekas Presiden Park Geun-hye selepas didapati bersalah menyebabkan kehilangan dana kerajaan dan campur tangan dalam pilihan raya Parlimen pada 2016.

Pada April lalu, mahkamah rendah menjatuhi hukuman penjara 24 tahun ke atas Geun-hye atas pelbagai kesalahan, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan melakukan paksaan.

“Kesemua hukuman dijalankan serentak,” kata jurucakap mahkamah.

Geun-hye adalah pemimpin pertama Korea Selatan yang dipaksa melepaskan jawatannya atas arahan Mahkamah Perlembagaan, susulan pendedahan pembabitannya dalam skandal rasuah antara pemimpin politik dan konglomerat utama negara itu atau Chaebol.

Namun, Geun-hye, 66, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan tidak hadir di mahkamah ketika hukuman ke atasnya dibacakan.

Mahkamah Daerah Tengah Seoul mendapati Geun-hye mengadakan pakatan sulit dengan beberapa bekas pembantunya, yang menyebabkan kehilangan kira-kira AS$26.49 juta (RM108.670 juta) dana kerajaan yang disalurkan ke Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS).

Wang berkenaan adalah dari ‘dana aktiviti khas’ yang diperuntukkan kepada agensi risikan itu.

NIS menerima peruntukan sebanyak AS$3.52 juta (RM14.31 juta) setiap tahun tetapi ia dikecualikan daripada audit atau laporan Parlimen.

Bulan lalu, dua daripada tiga bekas pengarah NIS yang terbabit dalam penyelewengan itu sudah dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun, manakala seorang lagi pengarah dikenakan hukuman penjara tiga tahun. – Reuters/myMetro Online

Tags: Korea Selatanpresiden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara –  PPUSM

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara – PPUSM

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti swasta kini menjadi rakan strategik negara dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, melahirkan graduan masa hadapan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd