• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ardell Mohon Maaf… Semakin Kurang Bercakap

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON yang dikhabarkan menderita penyakit kanser, Ardell Aryana meminta maaf terhadap tindakannya berdiam diri sejak kebelakangan ini yang menyebabkan orang sekeliling terasa hati.

Malah, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berkata, dia sedar keluarganya juga turut terluka apabila dia jarang bercakap dengan mereka.

“Saya tidak bercakap banyak akhir-akhir ini. Saya jadi penat memaksa diri untuk bercakap, jumpa orang dan berkomunikasi. Saya minta maaf jika ia melukakan hati orang sekeliling yang menghantar mesej peribadi, emel dan cuba hubungi saya tetapi tidak berjawab.

“Bukan sahaja orang luar, malah keluarga saya juga terluka dan terasa hati kerana saya tidak bercakap dengan mereka . Ya, kadang-kala saya ada mood untuk bercakap, gelak dan lain-lain tapi bukan setiap masa,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon ini menimbulkan spekulasi apabila dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga.

Status yang dimuat naik di laman sosial Ardell yang seakan-akan menggambarkan keadaannya kini menguatkan lagi andaian itu.

Bagaimanapun, sehingga kini usaha mStar Online untuk mendapat kenyataan Ardell tidak berjaya dan dia masih mendiamkan diri.

Sementara itu, Ardell berkata, buat masa sekarang dia memerlukan masa untuk dirinya sendiri.

“Saya memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan terhadap saya sebagai manusia biasa.

“Buat masa sekarang saya hanya buat kerja dan buat apa yang saya mahu,” ujarnya.

Status Ardell bukan untuk raih simpati.

Selain itu, pelakon Cinta Hati Batu ini memberitahu dia memuat naik luahan hati di laman sosial pada setiap hari bukan untuk meraih simpati.

Bagaimanapun, dia berterima kasih dengan doa dan rasa prihatin semua terutama keluarga yang memahami keadaannya.

“Setiap hari saya kongsi apa yang saya rasa bukan untuk meraih simpati. Saya menghargai semua usaha dan doa kalian serta keluarga yang memahami. Saya minta maaf sekali lagi,” ujarnya.

Pada 9 Julai lalu, pelakon ini mandapat perhatian netizen apabila memuat naik video berkerusi roda yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatannya itu. – mStar Online

Tags: Ardell Aryanakesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd