Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Rampas Syabu,...

BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan...

KBS Teliti Kontrak Terbaharu...

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini berada dalam proses terakhir untuk...

Serangan Masjid Al Noor...

WELLINGTON - Serangan berdarah di Masjid al Noor, Christchurch hari ini telah distrim...

Ugut Ismail Sabri :...

Pergerakan Pemuda UMNO di Pulau Pinang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah...

Zahid Tekad Pastikan UMNO Bentuk Kerajaan Semula

IKRAR… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika dipilih sebagai Presiden UMNO, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk jaga parti itu supaya dapat membentuk kerajaan semula.

Menurut Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas pemangku presiden parti tersebut, dengan keadaan parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH) dikatakan sedang teruk ‘bergoyang’, usaha itu boleh dilakukan.

“Pembentukan kerajaan ini bukan saja kita kena tunggu sampai PRU (Pilihan Raya Umum) ke-15 akan datang. InsyaAllah, kita tahu sebelah sana (PH) ada goyang sana ada goyang sini, retak sana retak sini.

“Sesiapa yang retak pun sedang cari UMNO, (sebab) kita parti tunggal yang besar berbanding mereka sendiri,” kata beliau pada majlis sambutan Aidilfitri UMNO Wilayah Persekutuan di PWTC, ibu negara semalam.

Ahmad Zahid antara calon Presiden UMNO selain turut ditandingi oleh veteran parti yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.

Bekas timbalan perdana menteri itu pada masa sama turut mengecam keras kerajaan PH kerana gagal dalam menurunkan harga barangan pengguna seperti yang didakwa mereka sebelum ini konon bakal turun.

Malahan dalam nada sindiran ujar Ahmad Zahid, harga runcit barang makanan di pasaran sebenarnya tidak pernah berubah kecuali harga tomato sehingga menjadi bahan jenaka rakyat terhadap PH sendiri.


“Mereka mahu melaksanakan kadar sifar untuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sambil mendakwa konon di sesetengah negeri harga barang turun antara 30 peratus hingga 50 peratus.

“(Sebaliknya) harga barang-barang dapur itu naik atau kekal (tidak turun),” kata Ahmad Zahid merujuk kepada kenyataan kelakar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub baru-baru ini.

Bahkan katanya lagi, ramai orang terutama kakitangan kerajaan yang dilantik secara kontrak juga bertemu dengan beliau untuk menyatakan kekesalan kerana mengundi PH. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori