• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Salur Peruntukan, Tidak Akan Biar UMNO ‘Mati’

oleh Haris
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan memastikan UMNO di setiap bahagian tidak ‘mati’ dengan menyalurkan peruntukan yang cukup kepada mereka.

Menurutnya yang juga merupakan pemangku Presiden UMNO, pelbagai program akan dapat dijalankan termasuk berkhidmat kepada rakyat menerusi peruntukan yang akan disalurkan kepada semua bahagian dan cawangan itu.

Zahid berkata, langkah tersebut dilakukan bagi menghidupkan semula program serta aktiviti di peringkat akar umbi dan dalam masa sama melibatkan sekali rakyat.

Jelasnya lagi, peruntukan dana itu akan disalurkan semula biarpun sebelum ini ia dihentikan buat sementara waktu akibat sebab-sebab tertentu.

“Setiausaha Agung sebelum ini telah mengeluarkan surat pekeliling untuk menghentikan bantuan ini kerana kita mahu ketika itu bahagian-bahagian perlu menghidupkan aktiviti melalui dana masing-masing.

“Tetapi ekoran kekangan kewangan di peringkat akar umbi, peruntukkan dana di peringkat pusat akan disalurkan semula kepada UMNO bahagian dan cawangan bagi menghidupkan program UMNO bersama rakyat,” katanya lapor sebuah akhbar tempatan.

Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Tertutup dan Sambutan Hari Raya Pemangku Presiden UMNO bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai peruntukan berkenaan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata ianya antara lain akan digunakan untuk perbelanjaan parti di setiap bahagian.

Ini termasuklah perbelanjaan parti bagi menampung kos pentadbiran dan penggajian sekali gus menjalankan aktiviti seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Melihat kepada kemampuan kewangan diperingkat sayap dan bahagian yang tidak begitu kukuh, maka Ibu Pejabat mengambil tanggungjawab untuk meneruskan pemberian dana ini,” ujarnya.

Pada pemilihan jawatan tertinggi yang dijadualkan berlangsung 30 Jun ini, Zahid akan berdepan dengan lima calon lain untuk jawatan Presiden UMNO.

Beliau dijangka ditentang hebat oleh dua calon utama yang mempunyai pengikut mereka tersendiri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPresiden UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd