Sample Page Title

KOTA BHARU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan beliau meminta nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menguruskan parti itu.

Ahmad Zahid, yang kini menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO berkata beliau dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi tahu bagaimana untuk menguruskan parti tanpa perlu campur tangan daripada pihak ketiga.

“Saya ingin menjelaskan saya tidak pernah meminta nasihat Tun (Mahathir) bagaimana untuk menguruskan UMNO. Saya dan rakan-rakan tahu untuk menguruskan parti kami sendiri,” katanya kepada pemberita selepas hadiri Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anggota Jawatankuasa UMNO Empat Peringkat di Dewan UMNO Kelantan di sini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa calon yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO, antaranya Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Noh Omar.

Awal bulan ini, Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Putrajaya selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas.

Perdana menteri kemudiannya dilaporkan mendakwa dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid meminta nasihat beliau untuk menguruskan UMNO.

Ditanya mengenai pertemuan tersebut, Ahmad Zahid berkata: “Saya tidak perlu menyebutkan kerana itu adalah perbincangan empat mata. Saya tidak boleh berkongsi (mengenai perbincangan dengan perdana menteri).”


Mengulas mengenai pelawaan berdebat oleh calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Zahid berkata parti itu tidak berhasrat untuk mengikut sistem parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat yang sering mengadakan perdebatan antara calon-calon yang mewakili parti masing-masing.

“Acuan politik kita adalah acuan politik keluarga. UMNO adalah parti besar orang Melayu. Eloklah jika ada isu-isu walaupun kita mahu meraikan perbezaan, kita buat di halaman rumah kita sendiri dan kita tidak perlu berkongsi perbezaan pendapat ini dengan orang lain yang tidak mahu melihat UMNO ini kukuh. Biarlah kita selesaikan secara UMNO dengan ukhuwah dan rasa kekeluargaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN perlu menjadi pembangkang yang konstruktif dan bukannya bersifat destruktif.

“Penubuhan UMNO dan BN untuk memperkasakan kedudukan Islam, orang Melayu, institusi raja, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga hak istimewa orang Melayu harus dipertahankan kerana itu termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya dan rakan-rakan akan bersama-sama untuk menterjemahkan tasawur ini, iltizam ini, wawasan ini dan juga komitmen kami untuk merelevankan UMNO dalam pentas politik di tanah air kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...