Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Pemandu Ford Ranger Direman...

KLANG - Seorang penjual ikan direman selama empat hari bermula hari ini bagi...

PDRM Lancar Op Lancar,...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18...

“Sekatan Barat Punca Masalah...

SEKATAN ekonomi Barat ialah punca kesukaran yang dihadapi Sudan, kata presiden negara itu...

‘Saya Tidak Akan Serang...

PORT DICKSON - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Zahid Mahu Wee, Annuar Hentikan Perang Mulut

KUALA LUMPUR – Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menghentikan segera perang mulut mereka.

Katanya ini kerana UMNO dan MCA masih saling memerlukan bagi mengukuhkan BN.

Perbezaan pendapat antara kedua-dua pemimpin UMNO dan MCA itu juga hanyalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi parti masing-masing, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga menasihati kedua-duanya bersatu fikiran bagi menggembleng tenaga dalam barisan pembangkang.

Perang mulut itu tercetus apabila Wee yang juga Timbalan Presiden MCA dilaporkan berkata MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan UMNO.


Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO membalas kenyataan tersebut dengan berkata era UMNO “menanggung” MCA juga sudah berakhir. – BERNAMA

Kategori