• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perak Kecewa Noor Azmi Keluar Parti

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO Perak kecewa dengan tindakan anggota Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali keluar parti dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta merta semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata keputusan tersebut jelas mencerminkan sikap Dr. Noor Azmi yang hanya mementingkan diri sendiri.

Zambry turut mempertikaikan dakwaan anggota parlimen itu kononnya UMNO Bahagian Bagan Serai telah mensabotaj beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Beliau boleh beri apa sahaja alasan untuk keluar parti termasuklah dakwaan disabotaj, jika benar ada unsur sabotaj, takkanlah beliau boleh menang di situ,” kata Zambry yang juga bekas Menteri Besar.

Dr. Noor Azmi memenangi kerusi itu dengan majoriti 172 undi setelah mengalahkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS.

Anggota Parlimen itu dalam sidang media di Bagan Serai semalam memaklumkan beliau kini wakil rakyat bebas, dan membayangkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenyataan ‘Bangsa Malaysia’ Guan Eng Gimik Politik

Next Post

Mana Semak, Imbang Dalam Kerajaan Baharu?

Related Posts

Kadar Air Di Pulau Pinang Dikawal Kerajaan Persekutuan

Sekatan Terhadap Penceramah Asing Pro-Zionis Demi Keselamatan, Imej Negara – Zambry

26/04/2024
0

Putrajaya: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka....

New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

Lawatan Kerja Zahid, Zambry Ke Jepun Perluas Kerjasama Pendidikan Tinggi

16/02/2024
0

PUTRAJAYA - Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr...

Next Post

Mana Semak, Imbang Dalam Kerajaan Baharu?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd